10 Tips Tingkatkan Kemahiran Fotografi
10 Tips Tingkatkan Kemahiran Fotografi
Suka pada fotografi sahaja tidak cukup jika tidak ditambah dengan kemahiran yang boleh meningkatkan skil fotografi anda.
Sementara masih di awal tahun 2019 ini, kami kongsikan 10 tips yang boleh anda praktiskan untuk terus maju dalam fotografi.
1. Fikir Mahu Ambil Gambar Apa
Merancang gambar bagaimana mahu diambil boleh mengelakkan kekliruan dan juga buang masa ketika berada di lokasi. Sentiasa tetapkan persoalan
Mengapa perlu ambil gambar ini?
Apa yang menyebabkan perlunya ambil gambar begini?
Adakah gambar begini yang ingin dibuat?
Menjawab persoalan ini akan memberi anda keputusan bagi penyediaan keperluan yang menepati konsep gambar yang diingini.
2. Fahami Komposisi
Gunakan komposisi yang betul untuk menarik mata melihat gambar dengan lebih baik. Ada pelbagai komposisi yang boleh diguna pakai, antaranya RO3, leading line, warna, patterns dan sebagainya. Ia haruslah sudah sedia dalam perancangan semasa memikirkan gambar apa yang mahu diambil.
3. Periksa Peralatan Kamera
Bateri, memori card dan kamera perlu sentiasa diperiksa. Lakukan ia sehari sebelum pergi ke mana-mana lokasi untuk ambil gambar.
Selalu terjadi, memori kad tertinggal ataupun bateri tidak dicaj sepenuhnya. Gunakan memori kad yang berpatutan dengan tugasan gambar yang diambil.
Setting pada kamera perlu diambil peduli juga. File format sama ada jpeg atau RAW, AE lock, burst mode atau single, itu antaranya.
4. Fahami Aperture
Aperture memainkan peranan dalam kamera. Ia menentukan jumlah cahaya yang masuk selain mengawal depth of field dalam gambar. Perlu faham adakah aperture kecil atau besar hendak digunakan?
Adakah depth of field yang anda inginkan.
5. Kreatif Dengan Shutter Speed
Buat perbandingan gambar mana yang lebih menarik dan kreatif dengan shutterspeed, fast atau slow shutter.
Jika ambil gambar sukan, perlu fast shutter atau slow shutter?
Atau jika berada di mana-mana air terjun, mendengar desiran air, merakam gambar akan lebih menarik dengan 1/100 atau 20 sec?
6. Jaga ISO
Pada benda yang paling asas, setting pada ISO akan mengawal kadar kepekaan sensor terhadap cahaya. Untuk permulaan, gunakan ISO yang rendah, dan ini akan menentukan berapa Aperture, ShutterSpeed yang diperlukan dan sama ada tripod diperlukan atau tidak. Berexperimen dengan ISO rendah dan tinggi mengikut keupayaan kamera dan lens yang anda miliki.
7. Peka Pada White Balance
Cahaya disekeliling kita berubah mengikut cahaya yang hadir, sama ada cahaya semulajadi mahupun cahaya buatan. Setiap warna ini memberikan suhu warna yang diukur dalam Kelvin. Semakin rendah suhu cahaya, cahaya akan lebih ke warna oren (lebih dikenali dengan warna warm) dan semakin tinggi cahaya ia akan ke warna kebiruan (warna cool).
Tahu dan bijak dalam menggunakan preset white balance dalam kamera seperti Daylight, Cloudy atau Shade boleh memberi kesan dramatik pada gambar yang dihasilkan secara terus daripada kamera.
8. Tahu kawalan Autofocus (AF) ataupun Manual Focus (MF)
Jika ambil gambar landscape sebagai contoh, adakah mahu AF atau MF?. Tahu kelebihan yang ada pada lens anda juga membantu dalam memutuskan kwalan focus kamera anda.
9. Semak Semula Gambar
Jika sempat, ketika berada di lokasi, terus lihat semula shot shot yang telah diambil. Ada kala kita mungkin tidak perasan ada gambar yang mempunyai komposisi yang tidak berapa menarik, jadi ada masa untuk perbaiki. Ingat kembali, pada poin yang pertama, gambar apa yang ingin kita ambil.
10. Sedia Untuk Sunting (Edit)
Pada masa inilah kelebihan jika anda menggunakan RAW file. Pembetulan warna, crop dan exposure boleh dibetulkan semula dengan adanya RAW. Periksa setiap shot yang diambil, dan fikir semula, adakah ia memenuhi kriteria yang anda kehendaki seperti no 1 di atas?.
10 tips mudah untuk kita sama-sama praktiskan. Sam-sama, ayuh.
There are no comments