4 Langkah Untuk Mantapkan Skil Fotografi

Ramai peminat fotografi diluar sana. Suka tengok gambar dan suka akan hasil karya yang dihasilkan. Namun, jika ingin terus mantapkan skil fotografi yang bagus, 4 langkah ini mungkin boleh membantu. Sesuatu untuk bermula di 2019.

1. Manfaatkan sepenuhnya apa yang digengam ditangan

Jika ada henfon, gunakan ia. Kecanggihan henfon sedia ada boleh dijadikan asas dalam cara kita melihat. Mulakan dengan komposisi yang mudah seperti “color”, “pattern”. Ia ada disekeliling kita. Luaskan mata melihat atas, bawah, kiri dan kanan. Sudah mahir, kemudian bolehlah pelajari teknikal apa itu Aperture, Shutterspeed, ISO dan sebagainya untuk lebih kreatif dalam berkarya.

2. Baca 30 minit sekurang-kurangnya

Baca mana-mana buku atau majalah berkaitan fotografi dan kalau boleh lebih spesifik kepada komposisi yang kita dah mulakan dalam langkah 1 di atas. Ada banyak sumber di internet yang boleh dirujuk. Malah untuk edisi Bahasa melayu, boleh dapatkan bahan bacaan yang boleh dibaca menerusi smartphone di link ini. https://fotopeekture.com/shop-2/

 

3. Cari kawan baru

Berkawan dengan mereka yang suka fotografi. Berkongsi pendapat dan idea boleh mempercepatkan proses pembelajaran. Masuk mana-mana channel, kursus atau outing fotografi untuk meluaskan pergaulan. Dari situ kita akan dapat lebih banyak maklumat yang boleh dijadikan panduan. Tips #fotoohsem ada dalam channel https://t.me/tipsfotoohsem jika berminat hendak ikuti.

 

4. Buat dan buat

Latih tubi dengan buat gerak kerja hari-hari. Sahut cabaran 1 hari 1 gambar atau 1 minggu 1 gambar. Cukup setahun, korang ada koleksi 365 atau 52 keping gambar yang boleh dijadikan photobook untuk pencapaian sendiri. 2019 belum terlambat untuk kita mulakan. Jom.

 

Mungkin 4 langkah ini menjadi pencetus perkembangan fotografi korang untuk 2019?

There are no comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Start typing and press Enter to search

Shopping Cart